Penganjuran pada sesi 2021 ini merupakan buat julung kalinya dianjurkan secara maya, dan telah mendapat penyertaan lebih daripada 1000 orang usahawan perusahaan kecil dan sederhana. Melalui program ini para usahawan perusahaan kecil dan sederhana berpeluang untuk memulihkan perniagaan dan meninjau potensi untuk meluaskan pasaran mereka terutama bagi mereka yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan sejak penularan pandemik Covid-19.