You have added this product to your favorite list.
You have removed this product from your favourite list.
This company has been added successfully. Check My Favourite.
This company has been removed from your favourite list.
This company has been added to your inquiry cart.
This company has been removed from your inquiry cart.
This product has been added to your inquiry cart.
This product has been removed from your inquiry cart.
Maximum number of Product/Company has been reached in inquiry cart.
Login to NEWPAGES
Stay signed in
Daily Login Reward

Congratulations! You’ve earned your daily login reward for today!

5 NP PointHere are the reward you’ve earned!
Check your Daily Login Rewards

Be sure to come back everyday for more rewards!
Thanks!

Back
Seni Jaya Logo
E-ONE CHONG MOTOR SDN BHD
E-ONE CHONG MOTOR SDN BHD (1421115-H)
Pelawat

Tips elak motosikal dicuri

13-Oct-2023

Tips elak motosikal dicuri

Parkir di tempat selamat.

Pastikan motosikal diletakkan di kawasan yang selamat walaupun untuk tempoh waktu yang singkat

Sebagai pemilik motosikal, adalah sangat penting untuk anda memastikan motosikal anda sentiasa diletakkan atau diparkir di tempat yang selamat walaupun hanya untuk tempoh waktu yang singkat.

Letakkanlah motosikal anda di kawasan terbuka dan dalam laluan atau pandangan yang mudah dilihat oleh orang sekeliling. Contohnya, parkirkan di depan restoran, atau kedai yang sibuk dan sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Elak daripada meletakkan motosikal anda di sebalik tembok, pokok atau sebagainya yang tidak memudahkan orang ramai untuk ‘perasan’ keberadaan motosikal anda. Jika tempat tersebut dijadikan pilihan anda untuk meletakkan motosikal, maka anda telah membuka ruang kepada penjenayah untuk mencuri motosikal anda dengan lebih mudah.

Kunci motosikal 

Apabila sudah mematikan enjin motosikal, sila pastikan motosikal anda terus dikunci walaupun anda ingin meninggalkannya untuk tempoh waktu yang singkat. Sekurang-kurangnya kunci hendal motosikal anda jika ingin pergi ke kedai, isi minyak dan tempat lain yang hanya memakan tempoh masa yang singkat. Ingat, kecurian motosikal boleh berlaku dalam masa yang sangat pantas, jadi anda tidak boleh mengenakan alasan ‘nak parking kejap je’ dan sewenang-wenangnya memarkirkan motosikal anda tanpa menguncinya dengan selamat.

Jika anda meninggalkan motosikal untuk tempoh waktu yang agak lama pula, pastikan anda menguncinya dengan sempurna dan selamat dan bukan hanya pada handle lock sahaja. Sila pastikan anda kunci juga tempat-tempat lain seperti disc brake yang boleh dikunci sama ada dengan mangga atau kunci keselamatan yang lain. 

Guna rantai atau kabel

Motosikal perlu sentiasa dikunci apabila anda ingin meninggalkannya

Perlu anda tahu! Walaupun motosikal dikunci dengan menggunakan kunci brek hadapan, ia sebenarnya masih lagi boleh dicuri oleh penjenayah. Andai kata pencuri yang ada pada ketika itu adalah seramai 3 atau 4 orang, maka mereka boleh mengangkat motosikal anda ke dalam lori dan sebagainya tanpa sebarang masalah.

Jadi untuk mengelakkan ia daripada berlaku dan memberi peluang kepada pencuri untuk mengambil motosikal anda, pastikan anda merantai motosikal anda menggunakan rantai atau kabel bersama-sama objek keras yang ada di sekeliling pada waktu itu seperti pada tiang, palang besi atau lain-lain.

Pasang sistem penggera

Bukan hanya boleh dipasang pada kereta, sistem penggera juga sebenarnya boleh dipasang pada motosikal ya. Tips ini merupakan salah satu cara yang paling efektif bagi mendapatkan perhatian orang ramai sekiranya motosikal seseorang itu dicuri. 

Untuk pengetahuan anda, terdapat juga sistem penggera yang dilengkapi dengan pengesan pergerakan bagi memastikan tidak ada sesiapa mengganggu motosikal anda. 

Pasang GPS tracker

Pemasangan GPS tracker pada motosikal merupakan antara cara paling moden dan selamat yang pemilik motosikal boleh guna untuk mengurangkan risiko motosikal dicuri.

Dengan memasang GPS tracker, ia akan membolehkan anda untuk mengesan pergerakan motosikal anda secara live menerusi telefon bimbit anda.

Mudah sahaja. Alat ini boleh diaktifkan dengan hanya memasukkan kad sim yang sah dan fungsi GPS itu akan menghantar pesanan sms bagi memaklumkan kedudukan sebenar motosikal anda selepas menyedari kehilangannya.

Moga bermanfaat!

Diharapkan semoga perkongsian pada kali ini dapat membantu anda lebih berhati-hati dalam memastikan motosikal anda tidak terdedah untuk dicuri. 

Dalam pada itu, pastikan juga motosikal anda sentiasa dilindungi dengan perlindungan insurans terbaik seperti pelan insurans komprehensif atau pelan insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran bagi memastikan tuntutan boleh dibuat jika motosikal anda dicuri..

Send us your inquiry or question
Pejabat Utama

E-ONE CHONG MOTOR SDN BHD (1421115-H)
27-29, Lorong Dato Kaya Kecil 5, Pekan Kapar, 42200 Kapar, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +603-3250 0319, +603-3250 0346, +6017-401 0400

Emel: enquiry@e-onecredit.com
Laman Web: https://www.chongmotor.my
Laman Web: https://chongmotor.newpages.com.my/
Laman Web: http://chongmotor.n.my/

Pejabat Lain

MERU BRANCH
No.16, Jalan Mahang Satu, Taman Meru Utama, Meru, 41250 Klang, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-216 6393
Tel: +6016-260 3884

KLANG UTAMA BRANCH
No.109 & 111, Persiaran Sg Keramat, Taman Klang Utama, 42100 Klang, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6010-219 3512
Tel: +6010-355 1212

PANDAMARAN BRANCH
No.1374A, Jalan Nipah, Pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-216 9313
Tel: +6010-209 3991

PORT KLANG BRANCH
No.61G, Jalan Tengku Badar, 41200 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-227 6019
Tel: +6016-227 6029

PENDAMAR INDAH BRANCH
No.28 & 30 GF, Solok Pendamar Indah 1, Pendamar Indah, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-216 6880

SUBANG PERDANA BRANCH
No.6, Jalan SP 4/2, Taman Subang Perdana, Seksyen U3, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-216 6990
Tel: +6016-692 9746

PETALING JAYA BRANCH
No.33, Jalan PJS 1/26, Taman Petaling Utama 1, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-2298152

PUCHONG BRANCH
No.2, Jalan Utama 1/1, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-810 6353
Tel: +6010-255 6019
Tel: +6010-209 0331
Tel: +6016-229 8153

SUNGAI BULOH BRANCH
No.2087, Jalan 3/1, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-692 9745
Tel: +6016-260 3994
Tel: +6016-229 8154

JALAN KUCHING BRANCH
Lot 11, Taman Sejahtera, Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6016-332 5721
Tel: +6016-520 1620

60174010400
60174010400

Powered by NEWPAGES