Berdasarkan kajian, industri automotif di Malaysia dijangka akan berkembang ekoran peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya. Kesan daripada itu, peluang yang semakin luas kepada para pengusaha pusat penyelenggaraan kenderaan untuk terus mengembangkan perniagaan mereka.
Selain daripada edaran produk berkualiti daripada Lubrex, kami juga menawarkan khidmat nasihat, bimbingan and latihan kepada para usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
VISI:
- Membekalkan pelbagai produk automotif yang berkualiti kepada pengguna kenderaan di Malaysia;
- Mengembangkan perniagaan melalui pembekalan produk automotif ke peringkat antarabangsa.
MISI:
- Meningkatkan bilangan wakil-wakil jualan minyak pelincir di setiap-setiap negeri di seluruh Malaysia.