You have added this product to your favorite list.
You have removed this product from your favourite list.
This company has been added successfully. Check My Favourite.
This company has been removed from your favourite list.
This company has been added to your inquiry cart.
This company has been removed from your inquiry cart.
This product has been added to your inquiry cart.
This product has been removed from your inquiry cart.
Maximum number of Product/Company has been reached in inquiry cart.
Login to NEWPAGES
Stay signed in
Daily Login Reward

Congratulations! You’ve earned your daily login reward for today!

5 NP PointHere are the reward you’ve earned!
Check your Daily Login Rewards

Be sure to come back everyday for more rewards!
Thanks!

Back
Seni Jaya Logo
Visitor

CIPTA SUCCESS MARKETING

CIPTA SUCCESS MARKETING
CIPTA SUCCESS MARKETING (CSM) merupakan syarikat pengilang dan pengedar produk minuman berasaskan susu kambing. Perniagaan syarikat telah diterajui lebih daripada 10 tahun. CSM ditubuhkan pada bulan Mac 2005 dan 100 peratus hak milik penuh bumiputera Islam. Syarikat kami berlokasi di Kompleks Kilang SME Bank Seremban, Lot 39, Jalan Lombong Emas 5, Taman Perindustrian Ringan Tun Dr. Ismail, 70200 Seremban, Negeri  Sembilan.

Jenama Tok’Ali merupakan jenama minuman kesihatan yang dihasilkan oleh CSM yang mengandungi pelbagai perisa. Dengan hasil kejayaan dan permintaan penjualan yang tinggi dari pelanggan maka CSM turut membuka peluang kepada syarikat kontrak pengilang (OEM) atau individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan serta mengeluarkan produk minuman jenama mereka sendiri sekaligus dapat membantu bumiputera meningkatkan status ekonomi mereka.

Keseluruhan produk yang dihasilkan mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri. Bahan utama yang digunakan dalam setiap produk adalah daripada susu kambing asli tulen diperolehi daripada kilang pemprosesan terkenal di Holland berkonsepkan mesra alam serta dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya dan tiruan. Selain itu, susu kambing kami adalah 100% organik.

Syarikat telah mendapat Pensijilan HALAL pada Jun 2012 daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAKIM) dan juga Pensijilan MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Susu kambing mempunyai banyak khasiat dan antaranya adalah menguatkan tulang, tingkatkan kecekapan pengambilan nutrien, tingkatkan metabolisma badan, kesihatan jantung, meningkatkan sistem imuniti badan, mencepatkan pertumbuhan, dan lain-lain.

Kini, syarikat berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi dan jabatan kerajaan bagi meningkatkan kualiti dan mutu produk Tok’ Ali agar mampu mendominasi pasaran tempatan berikutan syarikat masih baru dan memerlukan sokongan sepenuhnya dari semua peringkat terutamanya jabatan kerajaan.


VISI

Menjadi sebuah syarikat yang bertaraf dunia dalam menyediakan produk-produk minuman yang berkualiti.


MISI

Memacu kecemerlangan syarikat dengan kualiti produk dan kejayaan inovatif serta memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna dan juga rakan niaga dalam perniagaan.

Latest News

Send us your inquiry or question
Main Office

CIPTA SUCCESS MARKETING
Lot 39, Jalan Lombong Emas 5, Kawasan Industri Ringan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Google Maps Waze

Tel: +6019-8123025 (Pertanyaan OEM), +6019-2293025 (Pertanyaan Produk)

Email: admin@ciptasuccess.com.my
Website: https://www.csm2u.com.my
Website: https://csm2u.newpages.com.my/
Website: http://csm2u.n.my/

Powered by NEWPAGES