Lawatan ini diketuai Prof Madya Dr. Lily Julieni Abu Bakar (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan Pelajar SBM UUM) dan diiringi oleh Prof Madya Dr Hasnizam Shaari (Timbalan Dekan SBM UUM), Dr Norria Zakaria (Penyelaras BENT 2U2I), Tuan Haji Juha Ali (Pensyarah Keusahawanan), Dr Mohd Sufli Yusof (Pensyarah Keusahawanan), Dr Abdul Rahman Jaafar (Pensyarah Keusahawanan) dan disertai oleh para pelajar.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang pelajar-pelajar BENT 2U2I untuk berkomunikasi serta melihat dengan lebih dekat mengenai operasi perniagaan sebenar bagi memenuhi keperluan Kursus Inkubasi 2, BENT 2U2I.