Sepanjang ekspo ini telah diadakan juga Persidangan Perusahaan Automotif Asia yang ke-2, Pengenalan Ekspo Cleantech, Pertandingan Pembinaan Motosikal Malaysia ke-2, Pameran Penala Automotif Malaysia, dan program jaringan perniagaan.
Penganjuran ekspo ini turut mendapat kerjasama daripada China Jinjiang Brands on the Maritime Silk Road, Fujian Maocu Expo Co. Ltd. sebagai agensi jualan rasmi China dan agensi-agensi tempatan seperti Malaysia Industrial Finance Development Berhad, SME Corporation Malaysia, Malaysian Investment Development Authority, Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute, Malaysia Automotive Recyclers Association, Malaysia Used Vehicle Autoparts Traders Association, Malaysia Workshop Owners Association.