Program simposium ini telah dirasmikan oleh En. Zulkifli bin Othman, timbalan ketua Pengarah MARA, dan telah berjaya menghimpunkan 100 orang usahawan bengkel automotif seluruh Malaysia untuk memberi pendedahan tentang pengurusan bengkel, kewangan, dan pemasaran.
Antara penceramah jemputan yang hadir ialah En. Khairi Ariff yang mengendalikan slot Facebook Ads dan En Arzain Alaman untuk slot Google Ads.