您已经添加该商品到您的收藏列表
从您收藏列表中删除此商品。
这家公司已成功添加。 查看我的收藏.
这家公司已从你的收藏夹列表中删除。
这家公司已被添加到您的询问车。
这家公司已从询价车中删除。
该商品已被添加到您的询问车。
该商品已经从您的询价车中删除。
商品/公司已达到添加至询价车的数量。
登入NEWPAGES
保持登入状态
每日登录奖励

恭喜! 你获得了今天的每日登录奖励!

5 NP Point这是您获得的奖励!
查看您的每日登录奖励

确保每天回来登入以获更多的奖励!
谢谢!

Back
访客

Bolehkah Melawan Sihir Dengan Sihir? – IKHTIAR SYIFA

08-Oct-2020
  1. Qatadah berkata, “Aku berkata kepada Sa’id bin Musaiyyib, “Ada orang yang sakit atau diambil dari isterinya apakah boleh dibebaskan darinya atau diubati?”

    Ia berkata, “Tidaklah mengapa. Mereka hanyalah ingin melakukan ishlah (kebaikan). Adapun sesuatu yang bermanfaat maka tidak ada larangan darinya.”

  2. Al-Qurtubi berkata, “Mereka berselisih pendapat, apakah tukang sihir diminta untuk menyingkirkan sigir dari orang yang disihir?”

    Sa’id bin Musaiyyib membolehkannya berdasarkan riwayat yang disebutkan Bukhari. Al-Mazini juga cenderung kepada pendapat ini. Asy-Sya’ib berkata, “Tidaklah mengapa dengan rawatan sihir ala Arab (nasyrah ‘arabiah), tetapi al-Hasan al-Bashri menilainya makruh.”

    Saya berkata, “Nasyrah ialah sejenis rawatan yang dipakai untuk merawat orang yang diduga kena sihir atau kesurupan jin.”

  3. Ibnu Qudamah berkata, “Adapun orang yang menyingkirkan sihir; jika dengan ayat-ayat Al-Quran, zikir, sumpah, atau ucapan yang tidak terlarang, tidaklah mengapa. Tetapi jika dengan sesuatu dari sihir, sesungguhnya Ahmad bin Hanbal telah mengambil sikap tawaquf (tidak memberi jawapan).

  4. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Tentang sabda Nabi SAW,

    “Rawatan sir (nasyrah) itu dari perbuatan syaitan,” dapat dijawab bahawa ia merupakan isyarat kepada prinsipnya; jika dimaksudkan untuk kebaikan, akan menjadi kebaikan, tetapi jika tidak, akan menjadi keburukan.

    Ia berkata, “Tetapi berkemungkinan bahawa nasyrah (rawatan sihir) itu ada dua macam, iaitu sebagai berikut.

    1. Rawatan sihir yang dibolehkan, iaitu menyingkirkan sihir dengan Al-Quran, doa-doa, dan zikir-zikir yang disyariatkan>

    2. Rawatan sihir yang diharamkan, iaitu menyingkir sihir dengan sihir pula, dengan cara meminta pertolongan kepada syaitan, mendekatkan diri kepada mereka, istighathah kepada mereka, dan mencari reda mereka. Barangkali jenis rawatan sihir inilah yang dimaksudkan oleh sabda Nabi SAW, “Rawatan sihir (dengan menggunakan sihir) itu dari perbuatan syaitan.” Bagaimana mungkin bentuk rawatan sihir itu dibolehkan, sedangkan Nabi SAW dalam beberapa hadis telah melarang kita pergi ke tukang-tukang sihir dan tenung. Siapa yang mendatangi mereka dan membenarkan apa yang mereka katakan, sesungguhnya ia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

  5. Ibnul Qayyim berkata, “Nasyrah ialah menyingkirkan sihir dari orang yang terkena sihir. Ia terdiri dari dua macam, iaitu:

    1. Menyingkirkan sihir dengan sihir yang sama. Cara ini termasuk perbuatan syaitan. Apa yang dikemukakan oleh Hasan al-Bashri hendaknya difahami dalam konteks ini. Orang yang melakukan rawatan sihir dan orang yang diubati melakukan pendekatan kepada syaitan dengan sesuatu yang diinginkan oleh syaitan sehingga ia mahu membantu menghilangkan sihir dari orang yang disihir tersebut.

    2. Menyingkirkan sihir dengan ruqyah, mu’awwizat, dan doa-doa yang dibenarkan. Tindakan ini dibolehkan.

如需咨询或问题,联系我们
总办事处

IZZA BOUTIQUE (002569753-H)
9-1, Jalan SR 4/1E, Saujana Rawang, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia.
Google Maps Waze

电话: +603-6091 9823
传真: +603-6091 9823

邮件: mirjatisb@gmail.com
网址: https://www.bidarasyiqa.com.my
网址: https://bidarasyiqa.newpages.com.my/
网址: http://bidarasyiqa.n.my/

Powered by NEWPAGES