Syarikat HIN Group sempat menghadiri Majlis Sambutan Hari Penjara yang ke-229 pada 20 Mac 2019 yang lalu, bertemakan “Reformasi Penjara Masyarakat Sejahtera”.
Majlis disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, selaku Menteri Dalam Negeri. Dalam majlis ini juga Encik Seow, Pengarah Eksekutif HIN Group, telah dianugerahkan PINGAT JOHAN BAKTI SETIA yang disampaikan oleh YB Tan Sri Haji Muhyiddin sendiri.
Terima kasih YB Tan Sri dan Jabatan Penjara Malaysia atas penganugerahan dan pengiktirafan yang sememangnya cukup bermakna buat syarikat kami.
Semoga Jabatan Penjara terus cemerlang dalam usaha pemulihan parol di Malaysia.